May 24, 2015

CUKUP.

Assalamualaikum.

cukup.
cinta kerana nafsu.

cukup.
cinta kerana harta.

cukup.
cinta kerana ikutan.

cukup.
cinta yang tidak bermaruah.

bukan mudah untuk tetapkan hati yang rapuh kepada yang kukuh.

hati remaja hati yang rapuh.
hati remaja hati yang lalai.
hati remaja hati yang bernafsu.

nafsu bukan hanya zina.
nafsu mungkin rindu yang berlebihan.
nafsu mungkin ingin diberikan perhatian.
nafsu mungkin ingin dicintai lebih dari segalanya.

aku.
dah muak untuk rasakan semua tu.

tidak pula aku merasa ketenangan sepanjang aku melalui semua tu.

aku.
hanya ingin cinta yang membawa ke syurga.
hanya ingin memiliki cinta yang bermaruah.
hanya ingin menakluki cinta yang dicintaNYA.

cukup ayat manis mu,
jika hanya ingin aku hadir sekadar menjadi pelajaran untukmu.
cukup ingin aku taatimu,
jika hanya aku menjadi sejarahmu dimasa akan datang.

aku bukan subjek bahasa melayu,
yang mana aku hanya diuji dalam kata kata mu.
aku bukan subjek bahasa ingeris,
yang mana kau praktik untuk menfasihkan kata kata mu.
aku bukan subjek matematik,
yang mana kau boleh hitung segala kebaikkan yang pernah kau curahkan kepadaku.
aku bukan subjek sains,
yang mana aku hanya menjadi bahan uji kaji.
aku bukan subjek sejarah,
yang mana aku hanya akan menjadi masa lalu mu.
aku juga bukan seni,
hanya menjadi sesuatu yang cantik dimatamu.

jadikan aku sebagai yang paling berharga sebagaimana berharganya kehadiran ibumu dalam hidupmu.

hilang,
dicari.
hadir,
dihargai.


No comments :

Post a Comment